Saturday, September 22, 2012

Perasaan dan Hati boleh sentuh ke?



Assalamualaikum…. Hari nie zaty nak cerita pasal hati dan perasaan.. Allah mencipta manusia nie semua lengkap..Tapi, terserah pada kita nak menjaganya macam mana..betul x…? kadang-kadang bila terjadi sesuatu yang melibatkan hati & perasaan, mungkin ada yang berubah sikap, berubah hati macam dari baik berubah jadi kureng baik.. ada juga yang dari kureng baik terus berubah jadi baik… Mesti ada macam 2 kan..

Bila cakap tentang hati & perasaan nie, ada yang melalui detik-detik bahagia bersama orang tersayang.. dan.. ada jugak yang melaui detik-detik kureng bahagia.. Keajaiban hati & perasaan boleh membuatkan seorang lelaki menjatuhkan air mata demi seorang wanita yang dicintainya.. Keegoan seorang lelaki amat tinggi.. Tetapi, jika seorang wanita berjaya membuatkan dia menjatuhkan air mata, pasti amat menyayat hati.. Pasti apa yang berlaku ada hikmahnya.. Bila keegoan seorang lelaki menyerang dirinya, warna warni dalam kebahgiaan jugak akan pudar.. Ego lelaki jugak lah yang boleh membuatkan seorang lelaki memendam perasaan yang begitu mendalam terhadap seorang wanita yang diidamkan sehingga xsanggup diluahkan takut x diterima..

Hati seorang wanita memang amat susah dimengertikan..Pelbagai emosi & perasaan yang bergolak dalam hati seorang wanita..Kadang-kadang sukar nak dijangka..Wanita sanggup melepaskan lelaki yang dicintainya demi melihat lelaki tersebut bahagia bersama orang lain.. Kalau lelaki ada ego,, wanita pown ada ego tu.. tapi tak setinggi ego seorang lelaki..*peace*
Hati wanita mudah jatuh hati pada seorang lelaki .. dan.. mudah terasa hati dengan seorang lelaki.. Apabila seorang wanita memberi hatinya pada seorang lelaki, dia betul-betul akan menyayangi lelaki tersebut.. Apabila wanita sedang marah, atau terasa hati dengan lelaki, dia akan memilih untuk mendiamkan diri daripada berkata-kata.. Wanita juga xperlu menunjukkan cemburu, kemarahan melalui kata-kata cukup lah melalui gerak gerinya..

Apabila seorang tu dah serius dalam hubungan jangan mula ragui perasaannya terhadap kita.. Kalau suka, cakap suka.. Kalau x suk, cakap x suka.. Jangan terima seseorang sebab simpati nanti hati awak akan lebih sakit dari orang yang awak lukai tu.. Jangan dekati seseorang jika hati tu ada niat untuk permainkan orang.. Sekali buat pada orang lain, pasti dapat balasannya..

Jadi, jangan biarkan diri dikawal oleh perasaan.. buruk padahnya.. biar kita yang kawal perasaan.. tu lebih baik.. 
Entry malam nie mungkin terlebih jiwang kan.. Biasa la tu,, bukan selalu..=)
Zaty post entry tentang nie bukan berdasarkan apa yang pernah dilalui sendiri tapi pengalaman yang dihadapi oleh insan disekeliling Zaty..Akhir kata, HARGAI lah insan yang amat bermakna bagi kita...  *peace* ok la dah rasa aura-aura mengantuk, idea pown dah xdak..huhu.. tido dulu ek..
Assalamualaikum…………..