Sunday, June 24, 2012

Kawan ...

Assalamualaikum.. Hari nie Zaty nak cita pasal kawan.. Orang cakap, "kawan biar ramai,, berkasih biar satu" apa yang Orang cakap tu betul.. Bila kita mempunyai ramai kawan, secara drastiknya pelbagai karenah yang kita akan jumpa bila kita berkawan nie kan.. Ada kawan yang baik perangainya.. Ada juga kawan yang tak berapa nak molek perangainya.. Kita boleh nak berkawan dengan kawan yang kureng molek perangainya, tapi mestilah bewaspada, pandai menjaga diri kita ..=) .. Zaty tak tujukan pada sesiapa pun.. Hanya peringatan kepada diri sendiri.. X ada kena mengena pown pasal Zaty nak tulis nie, Just intro..

Bila Zaty tulis entry pasal kawan nie, Zaty teringat kawan - kawan sekolah zaty.. Dalam kelas 5 Akrab tu, Zaty ada group kmi sendiri.. kami ada 6 orang.. Memang rapat sangat.. best..hee... kalau xde gambar xbest la kan.. nie gambar kami.. pakai baju sekolah lagi.. hehe


Group kami semua 6 orang.. dari kiri Cik Tie (tuan punya blog), Hasnaa a.k.a tok ah .. oppsss.. sory.. x bagitaw kat sapa2 pown.. hehee..Lepas 2, E-cah, Hanie, Niza , & Miera..Yang kiri nie tak payah cita la cita pasal 5 orang nie.. ok,

Hasnaa nie orangnya baik..Rumah dia nie dekat dengan sekolah.. Kalau kami nak pergi kelas tambahan Cikgu Man mesti kami tunggu kat rumah Hasnaa nie.. Dia nie pengawas sekolah.. Kalau apa2 info tentang sportcheck mesti dia dengan E-cah nie la yang bagitaw kami.. hee.. jahat pulak.. biasa la zaman nakal- nakal dulu.. =)Hasnaa nie tulisan dia cantik .. Kalau nota tu memang cantik la tulisan dia.. Dia nie kalau orang x cari pasal dengan dia ok la.. Tapi sekali dia naik angin.. habis la.. hee..

E-cah nie pown baik orang nya..Nama penuh dia Siti Aisyah Binti Ali.. Nama ayah dia sama dengan tokwan Zaty, jadi bahan la kami dengan budak lelaki kelas kami 2..huhu.. Dia nie pandai addmath.. Kalau x reti nak selesaikan soalan yang susah Zaty la orang yang selalu kacau E-cah nie suruh ajar.. hee.. Kalau subjek pengiraan mesti dia best sangat.. Nie la anak kesayangan Cikgu Man.. hee.. guraw2 je ek e-cah.. Dia nie manja.. Tapi kalau dia naik angin, cepat2 kena simpan gunting..hee.. Ingat lagi x peristiwa 2.. hee...

Hanie.. dia nie cantik.. comel, manja pulak 2..Sekali tengok macam anak orang Arab.. memang padan la dengan si bf nya 2.. hee.. Dia nie paling tinggi dalam Group Zaty nie..Tapi sekali dia buka cita sampai esok x habis.. hee.. Dia nie kalau senyap xmeriah kelas 5 Akrab tu.. Kalau nak tunggu dia kat depan pintu pagar mesti cam beg galas pink dia 2.. tapi dia suka warna kuning, memang suka sangat warna kuning 2, cek pown xtaw pasai apa... Cita-cita dia nk jadi NURSE.. Alhamdulillah, sekarang dia dah belajar di Kolej Sains Kesihatan.. tercapai juga dia nak belajar bidang nurse nie kan.. Belajar rajin- rajin ek kawan..=)

Niza nie kurus orangnya..baik.. Kalau nak tulis nama dekat buku baru , Niza la orangnya yang tolong tulis nama kami sebab tulisan dia tu cantik, kreatif.. Dia nie pulak atlit sekolah.. kalau nak cari dimana Meira, cari la Niza... Kalau nak cari dimana Niza, cari la Meira...Diorang nie memang bestfriend yang rapat.. Best tengok diorang nie,, Harap- harap hubungan ini x akan putus... =)

Meira nie kalau orang x kenal dia mesti orang cakap dia sombong,. Tapi , bila kenal hati budi dia, dia nie seorang yang periang peramah.. Zaty start kenal dia dari form 2, tapi start rapat masa form 4.. Dia nie comel.. Dalam poket sekolah dia wajib ada cermin.. hee.. Kalau kami nak ejas tudung sekolah bagi jadi elok memang minta kat tauke cermin nie la.. hee.. Tulisan dia pown cantik.. Meira nie dia pandai buat origami love.. Dulu Zaty penah suruh dia buat origami love guna duit RM1 je.. hee

Erm...Bila la kite nak jadi macam dulu balik ek.. rindu sangat.. huhu.. tapi Zaty taw kita mungkin boleh jumpa 6 orang kita nie.. tapi.. mesti dah lain kan.. apa2 pown tak kisah la kat mana korang belajar, kerja ke .. buat apa sekalipown, kita tetap kawan kan.. teringat pulak time sekolah dulu.. kalau teacher Meritha bagi kerja mesti 6 orang nie termasuk dalam list yang xbuat homework.. hehee.. Lepas tu kalau time Sejarah dengan BM, 6 orang nie juga la yang terlentok kepala dulu.. tido sama- sama la katakan.. hehe.. Kalau Cikgu p kursus masing - masing muka berseri- seri ja.. sebab bole gossip.. hehe..=) best kn time nie.. Banyak kenangan yang memang Zaty xbole lupa .. Tambah pulak ada kawan macam diorang nie.. Memang best.. Ok la, Kalau ada rezeki, Insyaallah kita jumpa nanti.. ok.. Jaga diri, kawan..Assalamualaikum,..

Thursday, June 7, 2012

My Birthday



Happy Birthday to me...=) believe urself.. accept all comment about u.. more think positive than negative.. smile always, FATHIN EZZATI BINTI OTHMAN..=) Good Luck for me..>.<


Friday, June 1, 2012

♥ ANDAI LELAKI TAHU ♥

Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah mencintai lelaki itu.

Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itu maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak sesuatu yang terjadi.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cerewet, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu kamu berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima kamu seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan kamu, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan kamu dan masih menganggap kamu anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. terkadang dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, kamu akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk kamu .

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan duit atau hadiah, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat dia rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak mencintai kamu tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu dgn kamu, dia benar-benar maksudkannya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia denganmu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata kasar, dia bukan bermaksud utk berkasar, tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan sikapnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar mencintai anda. Perempuan sulit untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun sebenarnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang dapat menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.

♥ SEMOGA BERMANFAAT ♥

Hak cipta adalah milik Allah SWT semata. Hak kita sebagai manusia adalah berlumba-lumba menyebarluaskan kata-kata kebaikan kepada seluruh umat manusia.

Sungguh bahagia insan yang telah menemukan cinta sejatinya.. ibarat tasbih & benang pengikatnya. terajut menjadi satu untaian yang selalu disentuh satu demi satu oleh insan mulia yang bibirnya basah akan cinta kepada tuhanNya


Semoga tulisan sederhana ini bermanfaat bagi Anda. Mohon maaf bila ada kata-kata yang kurang berkenan.

Semoga kita dapat mengambil hikmah dalam setiap kejadian