Saturday, September 22, 2012

Perasaan dan Hati boleh sentuh ke?



Assalamualaikum…. Hari nie zaty nak cerita pasal hati dan perasaan.. Allah mencipta manusia nie semua lengkap..Tapi, terserah pada kita nak menjaganya macam mana..betul x…? kadang-kadang bila terjadi sesuatu yang melibatkan hati & perasaan, mungkin ada yang berubah sikap, berubah hati macam dari baik berubah jadi kureng baik.. ada juga yang dari kureng baik terus berubah jadi baik… Mesti ada macam 2 kan..

Bila cakap tentang hati & perasaan nie, ada yang melalui detik-detik bahagia bersama orang tersayang.. dan.. ada jugak yang melaui detik-detik kureng bahagia.. Keajaiban hati & perasaan boleh membuatkan seorang lelaki menjatuhkan air mata demi seorang wanita yang dicintainya.. Keegoan seorang lelaki amat tinggi.. Tetapi, jika seorang wanita berjaya membuatkan dia menjatuhkan air mata, pasti amat menyayat hati.. Pasti apa yang berlaku ada hikmahnya.. Bila keegoan seorang lelaki menyerang dirinya, warna warni dalam kebahgiaan jugak akan pudar.. Ego lelaki jugak lah yang boleh membuatkan seorang lelaki memendam perasaan yang begitu mendalam terhadap seorang wanita yang diidamkan sehingga xsanggup diluahkan takut x diterima..

Hati seorang wanita memang amat susah dimengertikan..Pelbagai emosi & perasaan yang bergolak dalam hati seorang wanita..Kadang-kadang sukar nak dijangka..Wanita sanggup melepaskan lelaki yang dicintainya demi melihat lelaki tersebut bahagia bersama orang lain.. Kalau lelaki ada ego,, wanita pown ada ego tu.. tapi tak setinggi ego seorang lelaki..*peace*
Hati wanita mudah jatuh hati pada seorang lelaki .. dan.. mudah terasa hati dengan seorang lelaki.. Apabila seorang wanita memberi hatinya pada seorang lelaki, dia betul-betul akan menyayangi lelaki tersebut.. Apabila wanita sedang marah, atau terasa hati dengan lelaki, dia akan memilih untuk mendiamkan diri daripada berkata-kata.. Wanita juga xperlu menunjukkan cemburu, kemarahan melalui kata-kata cukup lah melalui gerak gerinya..

Apabila seorang tu dah serius dalam hubungan jangan mula ragui perasaannya terhadap kita.. Kalau suka, cakap suka.. Kalau x suk, cakap x suka.. Jangan terima seseorang sebab simpati nanti hati awak akan lebih sakit dari orang yang awak lukai tu.. Jangan dekati seseorang jika hati tu ada niat untuk permainkan orang.. Sekali buat pada orang lain, pasti dapat balasannya..

Jadi, jangan biarkan diri dikawal oleh perasaan.. buruk padahnya.. biar kita yang kawal perasaan.. tu lebih baik.. 
Entry malam nie mungkin terlebih jiwang kan.. Biasa la tu,, bukan selalu..=)
Zaty post entry tentang nie bukan berdasarkan apa yang pernah dilalui sendiri tapi pengalaman yang dihadapi oleh insan disekeliling Zaty..Akhir kata, HARGAI lah insan yang amat bermakna bagi kita...  *peace* ok la dah rasa aura-aura mengantuk, idea pown dah xdak..huhu.. tido dulu ek..
Assalamualaikum…………..

Friday, July 27, 2012

Salam Ramadhan_2012



Assalamualaikum.... Salam Ramadan semua..=) 
Hari nie dah masuk hari ke-6 berpuasa..Zaty sedih sangat sebab nie kali ke-2 tak dapat menyambut puasa dengan keluarga tercinta..huuu.. Kali pertama masa tahun lepas... kena berpuasa kat poli.. Kali nie pown kena berpuasa kat poli juga..=(  sedih, sedih juga tapi nak buat macam mana kan.. terima ja la... Dalam bulan puasa nie juga la kelas habis lewat..pukul 6 pulak tuu.. aduyaiiii.. x larat la cmnie.. huu..tapi dah nama pown belajar kan,, saboorrr ja la.. terima ja..buat cool sudaa...>.<


Bulan puasa nie teringat lak.....:
  • Lagu
"ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna..
Agar dapat ku tempuhi dengan sempurna.."


Kalau kat umah selalu dengar kat radio..masa basuh pinggan pulak tu.. memang sambil menyanyi la kan.. hehe.. Zaty harap bole dengar lagi lagu 2 bila balik umah nanti, Insyaallah ..  >.<
  • Juadah berbuka
ok, Juadah berbuka puasa pulak Zaty memang bajet.. hee..kan xelok membazir.. kalau Zaty p bazaar Ramadhan mesti beli air dengan kebab ja..Juadah kat bazaar tu memang tengok sedap2 belaka..tapi, bila dah nak makan tu makan sikit ja.. 
  • Pelita 
Hari tu Zaty p beli barang kat Giant.. Masa tengah jalan tu nampak lak pelita kat satu sudut nie.. Teringat pulak masa kecik2 dulu lepas ja berbuka mesti Zaty tolong abah nyalakan pelita kat sepanjang halaman rumah tu.. bestt.. nak cam tu lagiii...=)
  • Solat terawikh
Dalam bulan Ramadhan nie kalau x solat terawikh memang rugi... Bulan Ramadhan nie la umat islam nak banyak beribadah kepada Allah.. Kalau kat umah memang Zaty selalu p..
 Walaupun sekarang Zaty bukan kat umah, xbermakna Zaty x p solat terawikh.. Tambah2 pulak suau dekat dengan surau.. memang kena p la kan....

  • Bangun sahur
Kalau sebut pasal sahur ja.. mesti ada segelintir yang awal2 ja semangat bangun sahur.. tapi bila dah nak habis puasa mesti masing2 dah liat nak bangun sahur kan.. Zaty bukan nak kata kat orang lain tapi Zaty pown penah juga jadi camnie..hee..Tapi kalau kat tempat belajar nie, awal2 puasa memang semangat nk sahur.. tapi nanti entah la cam na.. Harap-harap bole maintain la..=)


Semua umat islam mesti mempunyai banyak pengalaman berpuasa dari kecil hingga tua xkira la pengalaman pahit ke manis ke.. Asalkan dalam bulan puasa... Pada bulan Ramadhan yang mulia nie, Zaty harap bulan Ramadhan pada tahun 2012 nie lebih baik dari sebelum nie.. Semoga dapat perbaiki diri ke arah yang lebih baik...Ok la, mata nie dh kuyu,, ngntok sudaaaa~ ok la.. Assalamualaikum...=)

Sunday, June 24, 2012

Kawan ...

Assalamualaikum.. Hari nie Zaty nak cita pasal kawan.. Orang cakap, "kawan biar ramai,, berkasih biar satu" apa yang Orang cakap tu betul.. Bila kita mempunyai ramai kawan, secara drastiknya pelbagai karenah yang kita akan jumpa bila kita berkawan nie kan.. Ada kawan yang baik perangainya.. Ada juga kawan yang tak berapa nak molek perangainya.. Kita boleh nak berkawan dengan kawan yang kureng molek perangainya, tapi mestilah bewaspada, pandai menjaga diri kita ..=) .. Zaty tak tujukan pada sesiapa pun.. Hanya peringatan kepada diri sendiri.. X ada kena mengena pown pasal Zaty nak tulis nie, Just intro..

Bila Zaty tulis entry pasal kawan nie, Zaty teringat kawan - kawan sekolah zaty.. Dalam kelas 5 Akrab tu, Zaty ada group kmi sendiri.. kami ada 6 orang.. Memang rapat sangat.. best..hee... kalau xde gambar xbest la kan.. nie gambar kami.. pakai baju sekolah lagi.. hehe


Group kami semua 6 orang.. dari kiri Cik Tie (tuan punya blog), Hasnaa a.k.a tok ah .. oppsss.. sory.. x bagitaw kat sapa2 pown.. hehee..Lepas 2, E-cah, Hanie, Niza , & Miera..Yang kiri nie tak payah cita la cita pasal 5 orang nie.. ok,

Hasnaa nie orangnya baik..Rumah dia nie dekat dengan sekolah.. Kalau kami nak pergi kelas tambahan Cikgu Man mesti kami tunggu kat rumah Hasnaa nie.. Dia nie pengawas sekolah.. Kalau apa2 info tentang sportcheck mesti dia dengan E-cah nie la yang bagitaw kami.. hee.. jahat pulak.. biasa la zaman nakal- nakal dulu.. =)Hasnaa nie tulisan dia cantik .. Kalau nota tu memang cantik la tulisan dia.. Dia nie kalau orang x cari pasal dengan dia ok la.. Tapi sekali dia naik angin.. habis la.. hee..

E-cah nie pown baik orang nya..Nama penuh dia Siti Aisyah Binti Ali.. Nama ayah dia sama dengan tokwan Zaty, jadi bahan la kami dengan budak lelaki kelas kami 2..huhu.. Dia nie pandai addmath.. Kalau x reti nak selesaikan soalan yang susah Zaty la orang yang selalu kacau E-cah nie suruh ajar.. hee.. Kalau subjek pengiraan mesti dia best sangat.. Nie la anak kesayangan Cikgu Man.. hee.. guraw2 je ek e-cah.. Dia nie manja.. Tapi kalau dia naik angin, cepat2 kena simpan gunting..hee.. Ingat lagi x peristiwa 2.. hee...

Hanie.. dia nie cantik.. comel, manja pulak 2..Sekali tengok macam anak orang Arab.. memang padan la dengan si bf nya 2.. hee.. Dia nie paling tinggi dalam Group Zaty nie..Tapi sekali dia buka cita sampai esok x habis.. hee.. Dia nie kalau senyap xmeriah kelas 5 Akrab tu.. Kalau nak tunggu dia kat depan pintu pagar mesti cam beg galas pink dia 2.. tapi dia suka warna kuning, memang suka sangat warna kuning 2, cek pown xtaw pasai apa... Cita-cita dia nk jadi NURSE.. Alhamdulillah, sekarang dia dah belajar di Kolej Sains Kesihatan.. tercapai juga dia nak belajar bidang nurse nie kan.. Belajar rajin- rajin ek kawan..=)

Niza nie kurus orangnya..baik.. Kalau nak tulis nama dekat buku baru , Niza la orangnya yang tolong tulis nama kami sebab tulisan dia tu cantik, kreatif.. Dia nie pulak atlit sekolah.. kalau nak cari dimana Meira, cari la Niza... Kalau nak cari dimana Niza, cari la Meira...Diorang nie memang bestfriend yang rapat.. Best tengok diorang nie,, Harap- harap hubungan ini x akan putus... =)

Meira nie kalau orang x kenal dia mesti orang cakap dia sombong,. Tapi , bila kenal hati budi dia, dia nie seorang yang periang peramah.. Zaty start kenal dia dari form 2, tapi start rapat masa form 4.. Dia nie comel.. Dalam poket sekolah dia wajib ada cermin.. hee.. Kalau kami nak ejas tudung sekolah bagi jadi elok memang minta kat tauke cermin nie la.. hee.. Tulisan dia pown cantik.. Meira nie dia pandai buat origami love.. Dulu Zaty penah suruh dia buat origami love guna duit RM1 je.. hee

Erm...Bila la kite nak jadi macam dulu balik ek.. rindu sangat.. huhu.. tapi Zaty taw kita mungkin boleh jumpa 6 orang kita nie.. tapi.. mesti dah lain kan.. apa2 pown tak kisah la kat mana korang belajar, kerja ke .. buat apa sekalipown, kita tetap kawan kan.. teringat pulak time sekolah dulu.. kalau teacher Meritha bagi kerja mesti 6 orang nie termasuk dalam list yang xbuat homework.. hehee.. Lepas tu kalau time Sejarah dengan BM, 6 orang nie juga la yang terlentok kepala dulu.. tido sama- sama la katakan.. hehe.. Kalau Cikgu p kursus masing - masing muka berseri- seri ja.. sebab bole gossip.. hehe..=) best kn time nie.. Banyak kenangan yang memang Zaty xbole lupa .. Tambah pulak ada kawan macam diorang nie.. Memang best.. Ok la, Kalau ada rezeki, Insyaallah kita jumpa nanti.. ok.. Jaga diri, kawan..Assalamualaikum,..

Thursday, June 7, 2012

My Birthday



Happy Birthday to me...=) believe urself.. accept all comment about u.. more think positive than negative.. smile always, FATHIN EZZATI BINTI OTHMAN..=) Good Luck for me..>.<


Friday, June 1, 2012

♥ ANDAI LELAKI TAHU ♥

Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah mencintai lelaki itu.

Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itu maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak sesuatu yang terjadi.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cerewet, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu kamu berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima kamu seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan kamu, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan kamu dan masih menganggap kamu anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. terkadang dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, kamu akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk kamu .

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan duit atau hadiah, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat dia rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak mencintai kamu tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu dgn kamu, dia benar-benar maksudkannya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia denganmu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata kasar, dia bukan bermaksud utk berkasar, tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan sikapnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar mencintai anda. Perempuan sulit untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun sebenarnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang dapat menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.

♥ SEMOGA BERMANFAAT ♥

Hak cipta adalah milik Allah SWT semata. Hak kita sebagai manusia adalah berlumba-lumba menyebarluaskan kata-kata kebaikan kepada seluruh umat manusia.

Sungguh bahagia insan yang telah menemukan cinta sejatinya.. ibarat tasbih & benang pengikatnya. terajut menjadi satu untaian yang selalu disentuh satu demi satu oleh insan mulia yang bibirnya basah akan cinta kepada tuhanNya


Semoga tulisan sederhana ini bermanfaat bagi Anda. Mohon maaf bila ada kata-kata yang kurang berkenan.

Semoga kita dapat mengambil hikmah dalam setiap kejadian

Thursday, May 31, 2012

Bila Adikku Diam...




Assalamualaikum.. Sweet x gambar kat atas nie..hehe..
Time nie Zaty dengan adik on the way nak p umah tok.. Sebenarnya,, ada kisah di sebalik gambar nie...
Al-kisah~~~~~~
Hari Jumaat (25-5-2012) Zaty kena p tido umah tok,, Lepas tu, abah suruh p umah tok dengan adik.. Kami p naik moto ja,,. Maklum la,, blom da lesen kenderaan yg berbumbung...
Dalam perjalanan nak ke sana 2.. Zaty cakap2 la dengan adik, xmo bagi dia tido.. Zaty nie kalau tengah memandu x tengok belakang dah,, tengok depan ja.. Fokus la kata kan..huhu.. (fokus la sangat)
.....Dalam Setengah perjalanan tu,, Zaty pelik la npe dik tiba-tiba diam..Zaty panggil dia 2-3 kali gak baru dia ada respons.. then... dia diam lagi...
Zaty pown beralih belakang slow-slow.. tengok2... 
"oiiii,, adikkk..!!! tidoq2.. jatuh kat belakang sapa nak amik..."baik punya dia dok tido kat belakang.. ish3.. macam-macam la adik aku sorang nie..hehe..
Zaty bukan la nak marah ke apa ka.. Cuma bahaya kalau2 dia terjatuh...huhu..
Adik.. dik...lepas nie Zaty xmo bawa adik naik moto dh..huhuu..Isau Zaty dengan adik zaty sorang nie..huhu.. ok la,, nanti zaty post lg.. assalamualaikum..=)

Monday, May 28, 2012

No Tittle...=)


Assalamualaikum…
Hari nie zaty rasa bersemangat nak update blog nie.. Teringin nak update blog banyak-banyak sementara tengah cuti sem nie… Entry kali nie nak cakap sal sentimental la pulak.. boleh kan.. Cuti sem nie baru masuk minggu yang ketiga, tapi dah macam-macam jadi.. Tapi apa yang jadi nie zaty terima dengan hati yang tabah..=)
Kadang-kadang bila zaty duduk sorang-sorang zaty teringat macam-macam peristiwa yang lawak, sedih, gembira.., kenangan dengan orang yang zaty sayang.. Tapi semua tu berlalu dengan cepat.. sampai dah tinggal kenangan dah pun.. kalau sesuatu berlaku mesti ada hikmahnya kan… just chilllll !!!!!!!...  
Hari itu bila peristiwa tu berlaku, zaty dah tekad pada diri zaty supaya CINTA, SAYANG, KASIH, & SIMPATI pada diri sendiri dulu.. Kalau zaty tekad dalam diri zaty macam nie, Insyaallah diri nie xakan menangis teruk-teruk sebab L*****…. Bila pikir balik, Capital “L” pown tak penah nak menangis sebab Capital “P”,, buat apa Capital “P” nak teruk-teruk kan.. memang tak salah seorang perempuan menangis sebab lelaki tapi tu akan bagi kesan yang negatif ja pada diri.. Kan lebih baik mencintai ALLAH dan diri sendiri daripada mencintai pada orang yang tak sudi..kan,,kan,,kan…. Kepada sesiapa yang mengalami nasib sedemikian,, ingat la kata-kata nie..
MUNGKIN ALLAH INGIN ENGKAU BERTEMU DENGAN ORANG YANG SALAH SEBELUM
ALLAH MENEMUKAN ENGKAU DENGAN ORANG YANG LEBIH BAIK DARIPADA YANG SEBELUM INI.
Insyaallah, kata-kata ini boleh dijadikan motivasi pada diri.. =)
Zaty selalu dengar lagu nie,, Tajuk lagu: permata hati .. Nyanyian: DeHearty.
zaty suka dengar chorus:
YA ALLAH,
JIKA DIA BENAR UNTUKKU,
DEKATKANLAH HATINYA DENGAN HATIKU,
JIKA DIA BUKAN MILIKKU,
DAMAIKANLAH HATIKU DENGAN KETENTUN MU..
Tenang je dengar lagu tu.. nak nangis pown da..hehe (jiwang sangat dah nie)



Lagi satu, lagu jiwang nie.. Tajuk lagu: Ku kunci Rindu Buatmu.. Nyanyian: izzla.
Tak mengerti aku tak mengerti 
Mengapa engkau masih menanti 
Sedangkan dulu di waktu dulu 
Hati ini kau hancurkan 
Jiwa ini disakiti

Tak peduli aku tak peduli 
Walau apa pun akan terjadi 
Daripada ku menanggung siksa 
Lebih baik begini saja 
Bebas dari cengkaman cinta 
Bebas dari segalanya

Bukan ku takut bercinta lagi 
Tapi ku takut menangis lagi 
Bukan ku takut bermain kasih 
Tapi ku takut jiwa 'kan merintih

Pergilah engkau pergilah 
Tak usah merayu-rayu 
Hatiku telah tertutup 
Tak mungkin 'kan terbuka
Ku kunci rindu buatmu 
Ku rela hidup sendiri 
Biarkanlah ku begini 
Selama-lamanya 
Biarkanlah...
Biarkanlah ku begini 
Selamanya 
Biarkanlah
Nie hanya kata-kata ja… =)
Cinta Itu Amat Mahal Takrifnya, Itulah Yang Difitrah Oleh Allah s.w.t. Kepada Hambanya.
Cinta Hanya Tertulis Pada Perkataan,
Tapi Gagal Dilihat Pada Zahirnya Kerana Cinta Itu Tanggungjawab dimana Wujudnya Kesetian & Kejujuran didalamnya.
Ingat Pada Yang Satu,
Jujur Pada Yang Setia,
Setia pada Yang Kasih,
Kasih Pada Yang Rindu,
Rindulah  Pada Yang Menyayangimu.
Cinta Takkan Datang Kalau Tak DIcari,
CInta JUga Takkan Dapat Kalau Tiada Siapa Yang Memberi,
TAPI, MENCARI BIARLAH PADA YANG SUDI,
 BUKAN PINTA PADA YANG SIMPATI...
MEMBERI JUGA BIARLAH DENGAN KEIKHLASAN,
BUKAN MEMBERI DENGAN NIAT YANG SIMPATI....